Friday, December 24, 2010

Apa Bezanya Ada Syarikat Minyak Negara Dengan Syarikat Minyak Luar?.


Ada syarikat minyak negara tapi apa sumbangan pada negara?. Kalau kita isi miyak dekat lambang di atas apa yang istimewanya?. Harga sama. Kualiti?. Tapi ia syarikat minyak negara?. Kalau dia untung apakah minyak harganya akan turun dan keuntungan itu diagihkan kepada rakyat?. Royalti pada negeri yang terjumpa minyak itu mana?.

So fikir-fikirkanlah apa hukumnya kita menyokong syarikat yang mungkir perjanjian dan perjanjian itu adalah untuk faedah rakyat kebanyakan. Jadi..dari pilih isi minyak logo tu lebih baik logo yang ada kualiti. Harga sama gak. Kualiti mungkin lebih lagi. Yang pasti kalau dia untung pun kita akan tahu ia bukan syarikat negara yang patut jaga kebajikan rakyat sejajar dengan penubuhannya.

Saturday, September 25, 2010

NEGARAKU YANG KAYA RAYA DAN KISAH DUIT.



Apa sahaja sumber telah dikurniakan oleh Allah terhadap negaraku. Alhamdullilah. Adalah menjadi Tanggung jawab pemerintah yang adil adalah mengagihkan sumber-sumber ini terhadap yang berhak. Tahukah anda berapa hutang negaraku?...berapa gaji perdana menteriku?..gaji menteri-menteriku?.Gaji penjawat awamku yang berpangkat besar?. Apakah itu Kerajaan dan apakah itu rakyat?. Adakah rakyat itu tidak berhak menegur kerajaan?. Adakah kerajaan tidak berhak mendengar kehendak rakyat setelah bergelar kerajaan?. Adakah pekerja bukan kerajaan tidak layak menikmati hasil kerajaan?. Hanya penjawat awam terbeban dan menghadapi krisis ekonomi & inflasi?.

Ini kisah duit, kisah negaraku yang banyak duit. projek mega, uang konsultansi APCO, bayaran bonus penjawat awam tanpa melihat prestasi, projek Angkasawan?, Juara Rakyat and etc. Alangkah banyaknya duit, sana sini guna duit.

Adakah duit itu boleh mempengarui watak seseorang?..Bak kata orang, orang yang banyak duit tak semestinya dia banyak/murah rezki. Begitu juga orang yang tak berduit tak semestinya beliau tak berezki. itu semua kerja Allah. Org kaya kalau sakit, banyak duit pun tak guna, tak boleh makan macam-macam, itu namanya rezki kurang. Orang miskin walaupun takda duit tapi makan cukup, memancing,tangkap burung/ikan dapat, kenduri selalu dijemput, alhamdullilah. Itulah keberkatan. Ini kerja Allah. Rezki itu adalah kurniaan Allah.

Tapi apa yang pasti duit bukanlah penentu kebahagiaan. Bukanlah ukuran kesejahteraan. Inilah juga perumpamaaannya dalam konteks negara. Kita tidak mahu negara kita yang kaya raya ini sakit dengan pelbagai penyakit yang diwacanakan oleh pentadbir yang salah. Penyakit duit dan pantang tengok duit. Kita kan banyak duit.

Saturday, March 27, 2010

WAKIL RAKYAT ATAU WAKIL YANG KHIANATI RAKYAT?


Wakil Rakyat adalah sinonim kepada wakil yang dipilih rakyat untuk mewakili sesuatu bahagian ke Dewan Rakyat. Proses perlantikan ini adalah melalui proses Pilihan Raya dan di Malaysia pemilihan ini dilakukan sekurang-kurangnya secara 5 tahun sekali melalui Pilihanraya Umum. Walaubagaimanapun, jika berlaku kekosongan ahli parlimen disesuatu bahagian dalam tempoh ke PRU seterusnya, SPR akan mengadakan pilihanraya untuk memilih wakil rakyat yang baru. Kekosongan juga berlaku jika Parlimen dibubarkan walaupun tempoh penggal parlimen masih belum berakhir.

Apabila sesuatu parti mendapat majoriti di Parlimen secara demokrasinya parti tersebut berhak memerintah negara. Itu adalah prinsip secara mudahnya.

Apa yang ingin dibincangkan di sini adalah peranan wakil-wakil rakyat yang telah menang dan fungsi wakil rakyat tersebut sebagai "mewakili rakyat". Adakah ia benar-benar melambangkan aspirasi rakyat "dari rakyat untuk rakyat".
Itulah persoalannya.

Kerajaan melalui wakil parti yang menang bertindak sebagai penggubal undang-undang dan pentadbir kuasa eksekutif. Namun adakah undang-undang yang digubal, peraturan2, kenaikan cukai, belanjawan dan keputusan-keputusan dasar kerajaan itu adalah aspirasi rakyat?. Adakah ia kehendak rakyat majoriti?.

Perbahasan di Parlimen menggambarkan seolah-olah ahli parlimen bertindak atas kapasitinya secara peribadi . Setiap tindakan tidak perlu dirujuk kepada rakyat. Malah ada wakil yang senang-senang melompat parti yang diwakilinya tanpa sedikit pun rasa bersalah pada rakyat yang memilihnya?. Ada ahli yang tinggal jauh dari kawasan parlimennya dan jarang-jarang menjenguk kawasan yang diwakilinya. Apa yang tidak kena sebenarnya?. Beliau Wakil Rakyat atau sekadar hanya nak mendapatkan jawatan bergaji dan pencen selepas memujuk rakyat memilihnya selama 2 minggu kempen pilihanraya sahaja?.

Di pihak kerajaan, wakil-wakil rakyat menggubal sesuatu dasar yang dikatakan untuk rakyat. Perbahasan di parlimen hanya melibatkan wakil-wakil rakyat didalam parlimen tersebut. Yang tidak hadir sudah tertu tiada hak dalam pengundian di dalam dewan dan sudah tentu parti yang majoriti dapat melaksanakan dengan mudah dasar-dasar tersebut berikutan sokongan ahli parlimen yang majoriti dalam pembentukan dasar. Jadi apa hak rakyat sebenarnya dalam mencorakkan ahli ahli parlimen ini?.
Sebenarnya kita sebagai rakyat dilihat tidak mempunyai kuasa apa-apa di parlimen, apatah lagi menentukan hala tuju dasar kerajaan. Wakil rakyat tidak menggambarkan aspirasi rakyat secara majoriti?. Itu persoalannya.

Lihat sahaja isu kenaikan harga minyak, Kenaikan harga gula dan makanan, belanjawan yang tidak seimbang, Dasar Percukaian seperti GST, Dasar Pendidikan dalam PPSMI, Koridor2 ekonomi ( Utara, Timur, Selatan, Sabah Sarawak) dan pelbagai dasar lagi yang kontroversi tidak memperlihatkan ia aspirasi dari rakyat. Pernahkan ada tinjauan / pengundian dibuat secara terperinci bagi menentukan dasar-dasar ini di pulangkan pada rakyat untuk memilih dan menentukannya?Apatah lagi meminta approval dari rakyat?. Cuba kita tanya, adakah wadah di buat khusus dari rakyat untuk menentukan rakyat ada kuasa dalam menentukan hala tuju ahli parlimen dan parlimennya?. Yang ada hanyalah ahli parlimen yang bertindak atas kapasiti peribadi atau mewakili parti atau dirinya sendiri (bebas) dan bukannya rakyat. Mereka bebas bercakap didalam parlimen tanpa merujuk kehendak rakyat. Malahan dilindungi dengan pelbagai keistimewaan sebagai ahli parlimen. Kita Rakyat?????.

Kita terbayangkan pada masa akan datang rakyat diberi hak dalam menentukan dasar kerajaan dan bahan yang mahu dibahaskan di Parlimen. Kita mahu ada pemilihan dan pengundian dibuat di setiap kawasan dalam penentuan dasar, dikaji dan diterang pro dan kontranya oleh wakil-wakil rakyat sebelum dibawa bahas di parlimen. Ini yang dikatakan betul-betul rakyat berkuasa. Kerajaan rakyat dan untuk rakyat. Sesetengah isu dasarnya adalah amat sensitif seperti perlaksanaan cukai GST, Dasar Pendidikan matematik dan Sains dalam BI, Dasar Pembangunan wilayah2 dan sebagainya yang terkesan terus terhadap rakyat. Apa yang berlaku sekarang ahli parlimen tanpa merujuk rakyat2 dikawasannya bertindak berhujah bagi pihak rakyat. Sekarang kita melihat Yang di-pertua Parlimen adalah satu-satunya orang yang berkuasa di Parlimen yang menentukan sesuatu isu itu berhak dibahas atau diusulkan atau tidak. Ini juga boleh dianggap tidak mewakili aspirasi rakyat.

Dalam sesetengah kes dasar, hanya pakar-pakar akademik dan ketua jabatan kerajaan sahaja yang dilibatkan dalam mendraft dasar. Rakyat majoriti yang terkesan dek dasar di mana suaranya?. Wakil Rakyat dibayar gaji dari duit rakyat, jadi apakah mereka menunai janji untuk berkhidmat untuk rakyat melalui suara suara rakyat. Secara peribadinya saya melihat ahli parlimen kini hanya bertindak atas kapasiti jawatan peribadinya sahaja dan tidak melambangkan benar-benar mereka mewakili rakyat dan suara rakyat.

Apa yang kita mahu adalah suara rakyat dibawa ke Parlimen, Permasalahan rakyat diselesaikan bukannya menggarami luka yang berdarah melalui eksperimen dasar2 yang cepat diluluskan oleh dewan rakyat tanpa merujuk pendapat dari rakyat. Pendapat dari rakyat ini kita boleh andaikan sebagai keputusan rakyat majoriti, bukan keputusan ahli parlimen majoriti.

Kita mahukan di setiap parlimen ada saluran-saluran untuk menyampaikan permasalahan rakyat. Permasalahan itu dipamer di pejabat-pejabat daerah dalam parlimen tersebut untuk ditentukan sesuai atau tidak untuk dibawa ke Parlimen. Peranan ketua-ketua kampung dan penguasa tempatan juga perlu dalam mengumpul semua permasalahan rakyat ini untuk pengetahuan ahli parlimen. Ahli parlimen sudah tentu harus bertemu rakyat dan mencari masalah-masalah rakyat untuk dibahaskan kelak. Jika masalah boleh diselesaikan secara dalaman daerah tersebut maka ia tidak perlu dibawa ke Parlimen. Jika masalah sebesar dasar GST yang bakal di perkenalkan maka rakyat perlu dilibatkan secara langsung sebelum dasar diluluskan di Parlimen. Apa yang kita mahu masalah usul ke Parlimen itu adalah benar-benar mewakili masalah keseluruhan rakyat bukannya berbahas mengenai " Kes 16 September yang tak jadi" dan masalah-masalahyang remeh yang membuatkan rakyat jadi bosan dengan wakil rakyat yang bertindak sebagai "Self Interest" ini.

Agaknya fungsi rakyat2 ini hanya khusus untuk memilih wakil rakyat sahaja dalam pilihanraya. Selepas wakil tersebut menang kita tiada hak menentukan perjalanan Parlimen dan ahli wakil rakyat tersebut apatah lagi menyuruh wakil rakyat yang tidak berdaya maju prestasinya atau "selft interest" ini melepaskan jawatan bagi pemilihan baru. Kita juga terlepas dari diambil pendapat dan menentukan dasar sebelum diluluskan. Apakan tidak, sepatutnya ahli parlimen hendaklah mendapatkan mandat rakyat dahulu sebelum mengangkat tangan menyokong atau menolak dasar yang bakal dibahaskan di Parlimen. Secara mudahnya, beliau sebagai ahli Parlimen harus mewakili rakyatnya, jika rakyatnya setuju sesuatu dasar tersebut beliau wajib menggangkat tangan dan sebaliknya jika rakyat berkehendakkan sebaliknya walaupun secara peribadinya beliau ada pendapat beliau sendiri. Secara logikya lagi, wakil rakyat membawa keputusan rakyat bukannya keputusan dirinya sendiri. Beliau sepatutnya sudah ada prove atau bukti yang sokongan beliau di parlimen itu adalah aspirasi rakyat dan bukannya mengkhianati rakyat. Mereka sepatutnya sudah tahu apa kehendak rakyatnya sebelum masuk ke Parlimen.

Jadi persoalannya kini, adakah wakil-wakil rakyat kita ini bertindak atas arahan rakyat?. Berkhidmat untuk rakyat atau berkhidmat untuk kerajaan atau individu-individu tertentu?.

Fikirkanlah, Wahai ahli Parlimen semua. Berkhidmat untuk rakyat atau sebenarnya anda telah mengkhianati rakyat?

Friday, March 5, 2010

PAS ADALAH BRAND YANG BERKUALITI...TERBUKTI.


Brand Bulan Purnama ini cukup berkualiti dari Brand yang lainnya. Dapatkan segera dan daftar jadi ahli segera. Kebolehcayaan wakil rakyatnya adalah ditahap tertinggi dan boleh bertahan dalam apa segala situasi. Istilah Lompat parti tiada dalam kamus hidup si bulan purnama ini. Ia lah Parti Islam yang kukuh di Malaysia. Setiap ahlinya percaya, hidup dan mati mereka hanyalah untuk Islam dan akan mati dalam Islam melalui wadah perjuangan siasah PAS.

Friday, January 29, 2010

MENUNGGU 9 FEBRUARI 2010...OH...PERAK NEGERI KU.


Tarikh Penentuan Kes MB Halal Vs MB Haram Negeri Perak akan diketahui pada tarikh tersebut.

Desas desus mengatakan maklumat keputusan telah bocor dengan kemenagan bergaya 4-1. Apa yang empat?..Apa yang 1..kita tunggu dan lihat.

Apa yang pasti semua orang politik kini bercakap tentang pembubaran DUN. Oh Negeriku Perak...Najib kata 1 Malaysia. Tapi realitinya di Perak..1 Malaysia 2 Perak...Negeri yang ada serba dua..2MB, 2Kerajaan,2 Speaker dan macam2 lagi serba dua.

Harap-harap lepas ni Perak akan menjadi Emas.

Ayuh kualaan....warga Perak..kita balik mengundi woi..

"ISLAM PASTI TERTEGAK"

Sunday, January 3, 2010

HADIAH TAHUN BARU DARI PM 1 MALAYSIA.....GULA NAIK HARGA MULAI 1/1/2010 SEBANYAK 20SEN SEKILO...TAK MEMBEBEBANKAN MENTERI LANGSUNG?


Betul ke Kerajaan sekarang ni berprinsip Rakyat di dahulukan, Pencapaian diutamakan?.

Cakap tak serupa bikin.......anda fikir-fikirkanlah.....Kerajaan Cap apakah ini?.

Kalau harga Enjin Jet Hilang tu bulih tampung subsidi...rakyat didahulukanlah. Ini bagi hilang. Kompeten sungguh kita punya kerajaan.

siapa yang pilih noh?

Tuesday, September 1, 2009

HADIAH HARI MERDEKA DARI KERAJAAN BN - MINYAK NAIK...AMBIK KAU RAKYAT...


Selamat Menyambut Hari Ulangtahun Kemerdekaan yang ke 52. Sempena Kemerdekaan yang ke 52 ni saya sebagai Piem 1 Malaysia menghadiahkan pada rakyat minyak yang lebih bermutu meskipun kita adalah negara pengeluar minyak nett exporter. Saya umumkan berkuatkuasa 1/9/09.

Ron 95 baguih untuk piston enjin anda..low grade..tapi saya bagi harga pada gred ron97 yang hangpa pakai dulu. Baguih nak habaq kat hangpa. saya tak tipu..sapa kata saya tipu?????. Dulu harga RM1.80 hangpa dapat ron97..la ni jimat la...aku nak penaik harga dia pada Rm2.05. Maka aku umumkan harga baru low grade minyak ron95 adalah RM1.80. Aku tak tipu la...harga sama pa?..

Lepas ni piston dan enjin rosak dan kos maintenance kenderaan anda akan naik. Maka anda akan cepat beli kereta baru. Lepas tu anda boleh tolong selamatkan industri otomobil kita dengan beli kereta baru.

Baguih tak idea aku. Rakyat didahulukan untuk ditipu. UNDI LAGI AKU....AMBIK KAU SEMUA..... NANTI AKU NAK PENAIK HARGA BARANG PULAK.....HANGPA RASA LA RAYA NI HARGA BARANG NAIK DEK GUNA MINYAK RON97 NAIK....LEPAIH TU AKU NAK PENAIK TARIF LETRIK PULOK.....NAIK TOL.....Hahahahahah...TERIMA KASEH SEBAB PENAIK AKU JADI PIEM.