Saturday, September 25, 2010

NEGARAKU YANG KAYA RAYA DAN KISAH DUIT.



Apa sahaja sumber telah dikurniakan oleh Allah terhadap negaraku. Alhamdullilah. Adalah menjadi Tanggung jawab pemerintah yang adil adalah mengagihkan sumber-sumber ini terhadap yang berhak. Tahukah anda berapa hutang negaraku?...berapa gaji perdana menteriku?..gaji menteri-menteriku?.Gaji penjawat awamku yang berpangkat besar?. Apakah itu Kerajaan dan apakah itu rakyat?. Adakah rakyat itu tidak berhak menegur kerajaan?. Adakah kerajaan tidak berhak mendengar kehendak rakyat setelah bergelar kerajaan?. Adakah pekerja bukan kerajaan tidak layak menikmati hasil kerajaan?. Hanya penjawat awam terbeban dan menghadapi krisis ekonomi & inflasi?.

Ini kisah duit, kisah negaraku yang banyak duit. projek mega, uang konsultansi APCO, bayaran bonus penjawat awam tanpa melihat prestasi, projek Angkasawan?, Juara Rakyat and etc. Alangkah banyaknya duit, sana sini guna duit.

Adakah duit itu boleh mempengarui watak seseorang?..Bak kata orang, orang yang banyak duit tak semestinya dia banyak/murah rezki. Begitu juga orang yang tak berduit tak semestinya beliau tak berezki. itu semua kerja Allah. Org kaya kalau sakit, banyak duit pun tak guna, tak boleh makan macam-macam, itu namanya rezki kurang. Orang miskin walaupun takda duit tapi makan cukup, memancing,tangkap burung/ikan dapat, kenduri selalu dijemput, alhamdullilah. Itulah keberkatan. Ini kerja Allah. Rezki itu adalah kurniaan Allah.

Tapi apa yang pasti duit bukanlah penentu kebahagiaan. Bukanlah ukuran kesejahteraan. Inilah juga perumpamaaannya dalam konteks negara. Kita tidak mahu negara kita yang kaya raya ini sakit dengan pelbagai penyakit yang diwacanakan oleh pentadbir yang salah. Penyakit duit dan pantang tengok duit. Kita kan banyak duit.