Saturday, July 11, 2009

Tahokah maulah wadai kipeng?...Makan jua yang pandai leh?




Ha..ni cara-cara maulah wadai kipeng...warisan urang banjar..Nyaman. Arohan kita.

Bahan :
500g Tepung Pulut
100g Tepung Beras
Sedikit Kapur Makan
200g Gula Pasir
2 ketul Gula Melaka
2 mangkuk Santan
Sedikit Air Pandan
Sedikit garam
Beberapa helai Daun Pandan
Air Panas

Cara-cara:
1. Bancuh tepung pulut, tepung beras, kapur makan & air pandan menggunakan air panas. Jangan juga air sejuk kerana adunan akan menjadi keras. Bancuh hingga menjadi adunan yang boleh digentel.
2. Gentel adunan kecil-kecil berbentuk bulat & tekan sedikit supaya kelihatan seperti bentuk sel darah merah. Kalau nak buat bentuk lain pun boleh.
3. Panaskan gula melaka, gula pasir dan santan serta tambahkan sedikit air. Kuantiti kuah mengikut citarasa. Biarkan sebentar sehingga bahan tadi benar-benar sebati. Masukkan juga sedikit garam untuk menambahkan lagi rasa lemak santan.
4. Masukkan adunan yang telah digentel tadi dan kacau. Masukkan beberapa helai daun pandan yang telah diikat. Apabila adunan tadi sudah timbul, itu menandakan ia telah masak.
5. Wadai kipeng sudah boleh dihidangkan. Selamat Mencuba.

* Tepung beras digunakan untuk mengelakkan adunan yang digentel tadi daripada bercantum-cantum.
* Wadai kipeng adalah sejenis manisan yang berupa bubur seperti bubur kacang atau pengat pisang.

1 comment: